Tuesday 3 December 2013

RUMUSAN UCAPAN YAB TPM DI MAJLIS PERASMIAN PAU BERTAJUK MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI.

1. Perhimpuna terbesar umat Melayu setiap tahun menyambung risalah memartabatkan agama, bangsa dan negara serta peranan UMNO berjaya menyatukan hati Melayu dan mencapai kemerdekaan.
2. Pemilihan parti yg melibatkan ratusan ribu perwakilan membuktikan demokrasi UMNO lebih subur dari pembangkang terutamanya DAP.
3. Pru13 paling mencabar serta pentas jihat. Walaupun terdapat ancaman dari pembangkang malah belasahan gerombolan kuasa jahat yg mahu hancurkan Melayu dan Islam di negara ini, namun BN tetap menang. Mengucapkan tahniah serta terimakasih kpd sayap UMNO, rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputra.
4. UMNO berjaya tambah kerusi di Par. namun BN kekurangan sokongan dr pengundi muda dan pengundi bandar. BN menang bersyarat dan dari mesej pengundi UMNO perlu muhasabah secara jujur, ikhlas, memperbaiki kelemahan, dan mengetahui sebab kurangnya sokongan.
5. Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra (APEB) ditekankan. Memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar untuk Melayu dan Bumiputra. Golongan Bumiputra kelas pertengahan di bandar juga disentuh.
6. 7 inisiatif utama menyokong APEB. Pelan lengkap GLC bantu syarikat bumi, latihan peningkatan kemahiran, tingkat peratusan golongan profesional, pengusaha merebut peluang yg ada, bantuan memajukan aset2, penuhi tuntutan kebajiakan dan mempelbagaikan program menjana pendapatan.
7. Tugas utama UMNO untuk perpaduan ummah. Kerjasama mengukuhkan Melayu dan Islam sentiasa terbuka luas dengan pertubuhan2 Islam, malah menjemput mereka berasaskan, semangat persaudaraan.
8. Cabaran umat Islam, serangan minda dan jiwa apabila konsep hak asasi tanpa batasan tanpa nilai agama dan budaya. Hak murtad, LGBT dan ajaran sesat. NGO COMANGO juga diselar dan mempunyai dana besar sehingga mampu hantar wakil2 mereka melobi negara2 asing.
9. Jaminan kepada Melayu dan Bumiputra UMNO akan terus dibela. Selain itu jaminan tidak akan berkrompromi dengan sebarang cubaan mengancam aqidah umat Islam.
10. Cadangan yg unjurkan, pendidikan Islam sepanjang hayat menjadi dasar utama negara dan Aliran Sunah Waljamaah dimasukan dalam perlembagaan.
11. Mempertahankan Perlembagaan Malaysia, hak Melayu/Bumiputera, agama Islam, Institusi Raja dan Bahasa Melayu juga disentuh. Dikaitkan dengan pemujaan demokrasi liberal barat terutama dari laporan Freedom House 2013.
12. Pesanan kepada sayap UMNO, org Melayu dan Bumiputera telah memberi sokongan padu kepada UMNO dan harapan mereka agar dapat membela nasib mereka serta menjamin pembelaan yg adil kpd kaum lain. Selesaikan segala masalah dengan segera. Terjemah konsep transformasi kepada hijrah yg lebih baik. Fokus kepada medan PRU14 dengan peranan masing2.
Ulasan
13. Ucapan YAB TPM dilihat berpandukan kehendak majoriti pengundi BN berpandukan keputusan PRU13. Penekanan diberikan kepada agenda Melayu/Bumiputera dan Agama Islam, namun kurang untuk institusi raja serta Bahasa Melayu. Selain itu aspek ekonomi, politik dan sosial juga disentuh.
14. Kebanyakan responden menyatakan ucapan yg baik, namun menjadi tanda tanya dari segi perlaksanaan. Sedangkan harga petrol, gula, dan tarif eletrik akan naik, bagaimana mahu menjamin sokongan pengundi muda dan pengundi bandar.
15. Ada juga responden beranggapan ucapan seolah memberi petunjuk hubungan yg lebih baik antara UMNO dan PAS akan terjalin selepas ini.

TPM.

Tuesday 24 September 2013

BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP



Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih.... Baca selanjutnya. 



Perdana Menteri Bersama CEO Twitter.




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah berlepas ke San Francisco pada 21 September 2013 yang lalu sempena lawatan kerja, sebelum ke New York bagi menghadiri sesi ke-68 persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam siri lawatan beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini 24 Sepetember 2013 sempat meluangkan masa untuk bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Dick Costolo dan kakitangan Twitter lain di ibu pejabat Twitter di Lembah Silicon, San Francisco, Amerika Syarikat hari ini.



Menurutnya lagi memalalui halaman Facebook beliau, pertemuan ini adalah satu siri lawatan yang mempunyai perbincangan yang besar bersama Twitter tentang potensi berdaya saing, terutamanya dalam mengambil kesempatan pada Big Data Analytics bahawa platform media sosial seperti Twitter boleh menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Mohd Najib adalah penguna Twitter untuk berhubung dengan rakyat Malaysia walau di mana sahaja berada.


Admin.

limausambal@gmail.com

@LimauSambal  @NajibRazak @dickc


Monday 23 September 2013

UMNO Ketandusan CALUN..?

PKR Yang Ketandusan Calon adalah yang tepat.

Naib Presiden PKR, N.Surendrandisaran agar melihat diri kedalam cermin sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai UMNO.  Kenyataan beliau bahawa UMNO ketandusan calon yang berkaliber dilihat sebagai meludah kemuka sendiri.


Surendran menyatakan bahawa dalam keadaan BN mendapat prestasi paling corot dalam sejarah dan gagal merampas kembali Selangor dalam PRU lalu, UMNO masih tidak sedar yang iasedang menuju kepada kekalahan yang lebih teruk dalam PRU yang akan datang.   Lebih-lebih lagi apabila semua pihak di dalam UMNO mengambil sikap enggan mengakui kelemahan kepimpinan dengan enggan mencabar kedua-dua jawatan tertinggi dalam pemilihan kali ini. 

Menurut Surendran, ini adalah bukti yang UMNO ketandusan pemimpin berkaliber untuk menggantikan kepimpinan yang amat lemah itu. 

Surendran terlupa bahawa prestasi BN mungkin corot dalam PRU yang lalu, tetapi prestasi UMNO sebenarnya meningkat.  Justeru, adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab terhadap kelemahan prestasi BN keatas bahu pemimpin UMNO.   Apa yang berlaku dalam PRU lalua dalah berpunca dari hasutan perkauman yang keterlaluan oleh pembangkang yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan hampir 100% kaum Cina menolak BN. 

Sebagai peneraju parti BN, pemimpin UMNO berpegang kepada semangat setiakawan dan bertanggung jawab untuk menjaga keharmonian.   Olehitu, pemimpin UMNO tidak boleh menjanjikan kelebihan seratus peratus kepada satu kaum tanpa mengambil kira kaum-kaum lain. 

Tetapi, inilah yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menjanjikan Ketuanan Cina kepada masyarakat Cina tanpa mengira kesan kepada negara dan kaum lain.   Maka tidak hairanlah jika hampir semua masyarakat Cina memilih pembangkang dalam PRU yang lalu. 

Hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu amatlah tidak bertanggung jawab kerana ia mampu membawa negara kearah ketidakstabilan dan mungkin juga kemusnahan. 

Bagi pemimpin PR untuk menjanjikan sesuatu yang bakal membawa kemusnahan kepada negara membuktikan bahawa mereka bukanlah pemimpin yang baik.  Malah, PR juga langsung tidak punya pemimpin pelapis yang lebih matang dan praktikal yang boleh disandarkan harapan. Semua pemimpin PR adalah pak turut, bayang-bayang, kalau pun tidak acuan tepat kepada pemimpin sedia ada. 

PR sebenarnya mengalami masalah ketandusan pemimpin yang kronik sekali.  Masalah ini berpunca dari amalan nepotisme yang keterlaluan.   Bapa, ibu, anak, menantu dan sahabat dekat sahaja yang boleh bermimpi untuk memegang jawatan tinggi dalam kedua-dua parti itu. Akibatnya, parti mengalami keadaan statik atau tidak berubah walaupun telah masuk beberapa dekad. 

Berbeza dengan UMNO, pemimpin datang dan pergi.  Pemimpin boleh saja dikritik oleh ahli-ahli sendiri.  Ada yang ditangkap dan dibuang juga sekiranya didapati bersalah.  Malah, mana-mana pemimpin yang dilihat lemah, walaupun memegang jawatan tertinggi, tetap tidak terkecuali dari risiko dipaksa melepaskan jawatan.   

Tentunya, ini berlaku kerana UMNO cukup kukuh sehinggakan kepimpinan boleh digantikan pada bila-bila masa.  Ia juga membuktikan bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis. 

Perkara yang sama tidak mungkin dapat dilihat dalam PR.  PKR tidak mungkin sama tanpa Anwar Ibrahim, begitu juga DAP dan Dinasti Lim atau PAS den gan Nik Aziz dan HadiAwang. Pendek kata, parti-parti ini tidak mampumelalui perubahan kepimpinan tanpa menjejaskan identitinya.   

Justeru, yang ketandusan pemimpin di sini adalah PR, bukan UMNO dan Surendran pasti dapat melihat sekiranya beliau terlebih dahulu mencermin diri sebelum bercakap. 

PKR Yang Ketandusan Calon adalah yang tepat Serta mengamalkan nepotisme.



SILIH BERGANTI.....................

limausambal@gmail.com
Beruang Biru


Pusat Latihan Reformasi PKR...?!!!

Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda.

Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberinama “Pusat Latihan Reformasi” bertempat di Damansara. Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir.

Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut “Reformasi” dalam kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabila, pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama 
semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.

Ianya  secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.

Untuk makluman pembaca, sebelum penubuhan institusi ini, terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka. Institusi seperti “sekolah politik” dan Institut Kajian Dasar yang  dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik reboanding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di matarakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?


                Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya. Ya, ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu. Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim, maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut, ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atauter”sedar” dari kesilapan dan keluardari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!

                Penipuan Anwar Ibrahim jelas, kini ramai anak muda sudah sedarakan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.

Mungkin kata-kata bait lagu Bunk face yang berjudul “Kita Perang Kita Menang” menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.


“Apa lagi kau mahu
Pantang di cabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin kutentang
Makin kurasakan
Kemahuan mu dalamdiam”


-Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

limausambal@gmail.com
Beruang Biru.

Tuesday 17 September 2013

Wah! Limau Sambal.


Limau Sambal (orang melayu malaysia) / Limau Kesturi  (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.
Sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan. 
DI Malaysia ianya amat terkenal dan mudah di dapati di mana sahaja terutama bagi orang melayu, ianya terkenal dengan salah satu ramuan penyedap pelbagai jenis sambal termasuk sambal belacan, sebagai perahan hidangan ikan bakar dan menjadi perahan dalam pelbagai hidangan termasuk hidangan MEE. 
Ada juga yang berpendapat limau sambal boleh mengurangkan serta melegakan beberapa penyakit dan banyak khasiat seperti:
1 . Ubat batuk 
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demamPetiklah 2-4 genggam daun limau sambal. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditekap pada dahi pesakit.
3. Ubat ketiak Siapkan limau sambal yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . Ubat pening kepalaAmbil sebiji limau sambal dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . Ubat lelah Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau sambal. Minumlah campuran madu dan jus limau sambal tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. sebaiknya amalkan cara ini sekadar seminggu sekali.
6 . Ubat kurus Perahan limau sambal yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . Ubat kelemumur Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau sambal. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju Perahkan sebiji limau sambal ke dalam piring. Campurkan perahan limau sambal tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut Ambil beberapa biji limau sambal dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau sambal juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau sambal pada kacanya. Bilas bersih kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.

Perahan jus limau sambal bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau sambal banyak khasiatnya. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau sambal tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi bagi yang mempunyi tekanan darah tinggi.

Jus limau sambal mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.


Selain Floretin-G, limau sambal juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.


Tidak di sangka buah yang sekecil limau sambal ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.


Walau pun kecil namun rupanya dan warnanya yang cantik.. 

Walau pun rasanya yang masam tapi menyempan banyak khasiat juga kebaikan...




Limau Sambal.

http://limausambal.blogspot.com/