PKR Yang Ketandusan Calon adalah yang tepat.
Naib Presiden PKR, N.Surendrandisaran agar melihat diri kedalam cermin sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai UMNO. Kenyataan beliau bahawa UMNO
ketandusan calon yang berkaliber dilihat sebagai meludah kemuka sendiri.
Surendran menyatakan bahawa dalam keadaan BN mendapat prestasi paling
corot dalam sejarah dan gagal merampas kembali Selangor dalam PRU lalu, UMNO
masih tidak sedar yang iasedang menuju kepada kekalahan yang lebih teruk dalam PRU
yang akan datang. Lebih-lebih lagi apabila semua pihak
di dalam UMNO
mengambil sikap enggan mengakui kelemahan kepimpinan dengan enggan mencabar kedua-dua jawatan tertinggi dalam pemilihan
kali ini.
Menurut Surendran, ini adalah bukti yang UMNO
ketandusan pemimpin berkaliber untuk menggantikan kepimpinan yang amat lemah itu.
Surendran terlupa bahawa prestasi BN mungkin corot dalam PRU yang
lalu, tetapi prestasi UMNO sebenarnya meningkat. Justeru,
adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab terhadap kelemahan prestasi
BN keatas bahu pemimpin UMNO. Apa
yang berlaku dalam PRU lalua dalah berpunca dari hasutan perkauman yang
keterlaluan oleh pembangkang yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan hampir
100% kaum Cina menolak BN.
Sebagai peneraju parti BN, pemimpin UMNO
berpegang kepada semangat setiakawan dan bertanggung jawab untuk menjaga keharmonian. Olehitu, pemimpin UMNO
tidak boleh menjanjikan kelebihan seratus peratus kepada satu kaum tanpa mengambil kira kaum-kaum
lain.
Tetapi, inilah yang
dilakukan oleh pembangkang iaitu menjanjikan Ketuanan Cina kepada masyarakat Cina tanpa mengira kesan kepada negara dan kaum
lain. Maka tidak hairanlah jika hampir semua masyarakat Cina memilih pembangkang dalam
PRU yang lalu.
Hakikatnya, apa yang
dijanjikan oleh pembangkang itu amatlah tidak bertanggung jawab kerana ia mampu membawa negara kearah ketidakstabilan dan mungkin juga kemusnahan.
Bagi pemimpin PR untuk menjanjikan sesuatu yang
bakal membawa kemusnahan kepada negara membuktikan bahawa mereka bukanlah pemimpin yang
baik. Malah, PR
juga langsung tidak punya pemimpin pelapis yang lebih matang dan praktikal yang
boleh disandarkan harapan. Semua pemimpin PR adalah pak turut, bayang-bayang,
kalau pun tidak acuan tepat kepada pemimpin sedia ada.
PR sebenarnya mengalami masalah ketandusan pemimpin yang
kronik sekali. Masalah ini berpunca dari amalan nepotisme
yang keterlaluan. Bapa,
ibu, anak, menantu dan sahabat dekat sahaja yang
boleh bermimpi untuk memegang jawatan tinggi dalam kedua-dua parti itu. Akibatnya,
parti mengalami keadaan statik atau tidak berubah walaupun telah masuk beberapa dekad.
Berbeza dengan UMNO, pemimpin datang dan pergi. Pemimpin boleh saja dikritik oleh ahli-ahli sendiri. Ada yang
ditangkap dan dibuang juga sekiranya didapati bersalah. Malah, mana-mana pemimpin yang
dilihat lemah, walaupun memegang jawatan tertinggi,
tetap tidak terkecuali dari risiko dipaksa melepaskan jawatan.
Tentunya, ini berlaku kerana UMNO cukup kukuh sehinggakan kepimpinan boleh digantikan pada bila-bila masa. Ia juga membuktikan bahawa UMNO
tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis.
Perkara yang sama tidak mungkin dapat dilihat dalam PR. PKR tidak mungkin sama tanpa Anwar
Ibrahim, begitu juga DAP dan Dinasti Lim atau PAS den gan Nik Aziz dan HadiAwang. Pendek
kata,
parti-parti ini tidak mampumelalui perubahan kepimpinan tanpa menjejaskan identitinya.
Justeru, yang ketandusan pemimpin di sini adalah PR, bukan UMNO dan Surendran pasti dapat melihat sekiranya beliau terlebih dahulu mencermin diri sebelum bercakap.
PKR Yang Ketandusan Calon adalah yang tepat Serta mengamalkan nepotisme.
SILIH BERGANTI.....................
limausambal@gmail.com
Beruang Biru
No comments:
Post a Comment