RUMUSAN UCAPAN YAB TPM DI MAJLIS PERASMIAN PAU BERTAJUK MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI.
1. Perhimpuna terbesar umat Melayu setiap tahun menyambung risalah memartabatkan agama, bangsa dan negara serta peranan UMNO berjaya menyatukan hati Melayu dan mencapai kemerdekaan.
2. Pemilihan parti yg melibatkan ratusan ribu perwakilan membuktikan demokrasi UMNO lebih subur dari pembangkang terutamanya DAP.
3. Pru13 paling mencabar serta pentas jihat. Walaupun terdapat ancaman dari pembangkang malah belasahan gerombolan kuasa jahat yg mahu hancurkan Melayu dan Islam di negara ini, namun BN tetap menang. Mengucapkan tahniah serta terimakasih kpd sayap UMNO, rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputra.
4. UMNO berjaya tambah kerusi di Par. namun BN kekurangan sokongan dr pengundi muda dan pengundi bandar. BN menang bersyarat dan dari mesej pengundi UMNO perlu muhasabah secara jujur, ikhlas, memperbaiki kelemahan, dan mengetahui sebab kurangnya sokongan.
5. Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra (APEB) ditekankan. Memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar untuk Melayu dan Bumiputra. Golongan Bumiputra kelas pertengahan di bandar juga disentuh.
6. 7 inisiatif utama menyokong APEB. Pelan lengkap GLC bantu syarikat bumi, latihan peningkatan kemahiran, tingkat peratusan golongan profesional, pengusaha merebut peluang yg ada, bantuan memajukan aset2, penuhi tuntutan kebajiakan dan mempelbagaikan program menjana pendapatan.
7. Tugas utama UMNO untuk perpaduan ummah. Kerjasama mengukuhkan Melayu dan Islam sentiasa terbuka luas dengan pertubuhan2 Islam, malah menjemput mereka berasaskan, semangat persaudaraan.
8. Cabaran umat Islam, serangan minda dan jiwa apabila konsep hak asasi tanpa batasan tanpa nilai agama dan budaya. Hak murtad, LGBT dan ajaran sesat. NGO COMANGO juga diselar dan mempunyai dana besar sehingga mampu hantar wakil2 mereka melobi negara2 asing.
9. Jaminan kepada Melayu dan Bumiputra UMNO akan terus dibela. Selain itu jaminan tidak akan berkrompromi dengan sebarang cubaan mengancam aqidah umat Islam.
10. Cadangan yg unjurkan, pendidikan Islam sepanjang hayat menjadi dasar utama negara dan Aliran Sunah Waljamaah dimasukan dalam perlembagaan.
11. Mempertahankan Perlembagaan Malaysia, hak Melayu/Bumiputera, agama Islam, Institusi Raja dan Bahasa Melayu juga disentuh. Dikaitkan dengan pemujaan demokrasi liberal barat terutama dari laporan Freedom House 2013.
12. Pesanan kepada sayap UMNO, org Melayu dan Bumiputera telah memberi sokongan padu kepada UMNO dan harapan mereka agar dapat membela nasib mereka serta menjamin pembelaan yg adil kpd kaum lain. Selesaikan segala masalah dengan segera. Terjemah konsep transformasi kepada hijrah yg lebih baik. Fokus kepada medan PRU14 dengan peranan masing2.
Ulasan
13. Ucapan YAB TPM dilihat berpandukan kehendak majoriti pengundi BN berpandukan keputusan PRU13. Penekanan diberikan kepada agenda Melayu/Bumiputera dan Agama Islam, namun kurang untuk institusi raja serta Bahasa Melayu. Selain itu aspek ekonomi, politik dan sosial juga disentuh.
14. Kebanyakan responden menyatakan ucapan yg baik, namun menjadi tanda tanya dari segi perlaksanaan. Sedangkan harga petrol, gula, dan tarif eletrik akan naik, bagaimana mahu menjamin sokongan pengundi muda dan pengundi bandar.
15. Ada juga responden beranggapan ucapan seolah memberi petunjuk hubungan yg lebih baik antara UMNO dan PAS akan terjalin selepas ini.
TPM.