Tuesday 17 September 2013

Wah! Limau Sambal.


Limau Sambal (orang melayu malaysia) / Limau Kesturi  (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.
Sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan. 
DI Malaysia ianya amat terkenal dan mudah di dapati di mana sahaja terutama bagi orang melayu, ianya terkenal dengan salah satu ramuan penyedap pelbagai jenis sambal termasuk sambal belacan, sebagai perahan hidangan ikan bakar dan menjadi perahan dalam pelbagai hidangan termasuk hidangan MEE. 
Ada juga yang berpendapat limau sambal boleh mengurangkan serta melegakan beberapa penyakit dan banyak khasiat seperti:
1 . Ubat batuk 
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demamPetiklah 2-4 genggam daun limau sambal. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditekap pada dahi pesakit.
3. Ubat ketiak Siapkan limau sambal yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . Ubat pening kepalaAmbil sebiji limau sambal dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . Ubat lelah Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau sambal. Minumlah campuran madu dan jus limau sambal tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. sebaiknya amalkan cara ini sekadar seminggu sekali.
6 . Ubat kurus Perahan limau sambal yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . Ubat kelemumur Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau sambal. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju Perahkan sebiji limau sambal ke dalam piring. Campurkan perahan limau sambal tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut Ambil beberapa biji limau sambal dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau sambal juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau sambal pada kacanya. Bilas bersih kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.

Perahan jus limau sambal bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau sambal banyak khasiatnya. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau sambal tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi bagi yang mempunyi tekanan darah tinggi.

Jus limau sambal mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.


Selain Floretin-G, limau sambal juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.


Tidak di sangka buah yang sekecil limau sambal ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.


Walau pun kecil namun rupanya dan warnanya yang cantik.. 

Walau pun rasanya yang masam tapi menyempan banyak khasiat juga kebaikan...




Limau Sambal.

http://limausambal.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment